Hujan Batu Melanda Madinah, Penduduk Lari Bersembunyi

Hujan Batu Melanda Madinah, Penduduk Lari Bersembunyi

Hujan Batu Melanda Madinah, Penduduk Lari Bersembunyi


Hujan batu yang lebat mengakibatkan beberapa kemalangan berlaku di Madinah dan turut merosakkan beberapa kereta.

Hujan dan ribut yang melanda Arab Saudi turut menyebabkan orang ramai bersembunyi dan meminta pihak berkuasa untuk menangguhkan sesi persekolahan dan kolej bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin.

Pihak Berkuasa Awam Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar meramalkan ribut petir akan berterusan dan turut membawa angin serta debu.

Darjah penglihatan juga akan menurun di wilayah timur dan selatan Riyadh sehingga Najran.

Pihak berkuasa pada Ahad berkata, suhu turut menurun di kawasan utara dan tengah negara itu.

Amaran telah dikeluarkan bahawa ribut pasir akan berlaku di Najran sepanjang hari dan akan menyebabkan penglihatan terhad.

Ia turut melanda Aseer dan penglihatan terhad kurang daripada dua kilometer.

Facebook Comments

0 comments