(Video) J1j1k!!! Pelanggan Tergigit Ekor Tikus Dalam Aiskrim. Hati-hati Kalau Nak Makan Aiskrim Ye !!

(Video) J1j1k!!! Pelanggan Tergigit Ekor Tikus Dalam Aiskrim. Hati-hati Kalau Nak Makan Aiskrim Ye !!

Seorang wanita di bandar Jiangsu Huaian, China. terkejut apabila mendapati aiskrim yang dibelinya mengandungi bendasing yang menjijikkan, lapor Shanghaiist.

(Video) J1j1k!!! Pelanggan Tergigit Ekor Tikus Dalam Aiskrim. Hati-hati Kalau Nak Makan Aiskrim Ye !!

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Yang berkata, dia menggigit aiskrim itu beberapa kali dan mendapati ada bendasing berbulu di dalamnya.

Pada awalnya, Yang menyangka bendasing itu adalah ulat bulu lalu meminta rakannya datang untuk memastikannya. Rakannya kemudian menarik bendasing tersebut keluar dari aiskrim tersebut, namun gagal kerana ia melekat terlalu kuat.

Selepas memerhatikan bendasing itu seketika, barulah mereka menyedari bahawa ia adalah ekor tikus.

Walaupun pada awalnya Yang berasa loya dengan penemuan itu, namun dia sedar bahawa ini adalah peluang untuknya.

Selepas penemuan itu, Yang kembali semula ke pasar raya di tempatnya membeli aiskrim tersebut dan menuntut pampasan.

Pada awalnya pemilik pasar raya cuba menawarkan sedozen aiskrim sebagai pampasan. Namun Yang enggan menerimanya. Pemiliknya kemudian menawarkan pampasan tunai bermula dari 800 yuan (RM495) sehingga 2,000 yuan (RM1237.72).

Bagaimanapun, Yang masih tidak berpuas hati dengan amaun yang ditawarkan, sebaliknya menuntut pampasan sebanyak 50,000 yuan (RM30,943.05) atas alasan tergigit ekor tikus tersebut.

Malangnya, apabila Yang membawa pihak berkuasa campur tangan dalam perkara itu, dia dimaklumkan bahawa dia hanya layak menuntut pampasan 1,000 yuan (RM618.86) sahaja. Tetapi tidak diketahui sama ada Yang menerima jumlah pampasan tersebut atau sebaliknya.
Facebook Comments

0 comments